Description
Reka Bentuk Mengecat Asimetri
Strategi keseimbangan asimetri mencapai konsep dua tona dengan sempurna, lalu mencipta trend baru warna basikal – basikal 2 warna dalam satu 【2DALAM1】

INNEGRATM dan Teknologi Komposit Karbon berasaskan Polikriloniril Torayca T1000 TORAY Jepun
INNEGRATM, bahan terkemuka di dunia merupakan gentian berprestasi tinggi dan paling ringan di dunia. Sifat bahan modulus tinggi dan bahan gentian karbon Toraya T1000 Jepun yang sangat kuat ini mempertingkatkan kekuatan rangka dan kestabilan penyerapan hentakan basikal melalui teknologi komposit karbon yang dimajukan oleh pasukan GUSTO R&D. Teknologi komposit karbon utama yang sangat kuat dan modulus yang tinggi (tahan lasak) akan mengurangkan kesakitan atau kemungkinan kecederaan bersukan disebabkan jalan yang tidak rata semasa menunggang jarak jauh dengan hebat sekali.

Teknologi Keseimbangan Asimetri
Kami meningkatkan saiz bahagian bb dan cabang belakang kanan untuk meningkatkan kekuatan rangka yang ketara, mengurangkan perubahan bentuk tekanan dengan berkesan, mengurangkan kehilangan tenaga memandangkan tapak sistem transmisi terletak di sisi kanan rangka. Ia juga adalah untuk mencapai keseimbangan [Asimetrik] yang Sempurna.

Mengecat Nano Aurora
Cat Nano Arurora ANP. Selain daripada meningkatkan tahan calar & kotoran produk, penyalut yang baru dimajukan ini boleh meningkatkan tahap kilauan warna produk sebanyak 40%

Set Lengkap Sistem Pertukaran Gear/Brek Shimano R7000
2019 RCR Te Elite menggunakan set lengkap Shimano 105, R7000 serba baru yang dinaikkan taraf, dilengkapi sepenuhnya dengan set sistem Pertukaran Gear/Brek Shimano 105 R7000 bagi memastikan padanan sempurna antara bahagian dan penyimpanan tenaga. Ia akan menjadi set kumpulan yang banyak membantu yang dipilih oleh penunggang yang baru belajar bagi menolong mereka berlatih untuk, dan tunggangan dalam perlumbaan yang lebih serius.

Pelana Selle Italia Novus Boost
Pelana versi pendek akan datang dalam generasi baru. Pelana pada RCR TEAM SPORT, Italia jenama premium Selle Italia adalah 100% buatan tangan oleh Italia untuk membuat pelana NOVUS BOOST yang terkini. Ia didatangkan dengan Novus Boost Superflow bagi menyepadukan produk Novus. Bentuknya yang padat dengan buatan hujung serong yang inovatif untuk tempat duduk yang boleh disesuaikan sepenuhnya, pad berkepadatan berganda hanya di zon yang strategik pada pelana dan potongan besar di tengah daripada teknologi Superflow menjadikan pelana ini yang terbaru daripada generasi terakhir.

Pita Bar XTRM
Menggunakan bahan PU anti kotoran tahap paling tinggi, bahan busa bukan biasa boleh disental berulang-kali, reka bentuk yang mempunyai ketebalan 0.3mm untuk mempertingkatkan keselesaan cengkaman secara keseluruhan.


