Description
Reka Bentuk Mengecat Asimetri
Strategi keseimbangan asimetri mencapai konsep dua tona dengan sempurna, lalu mencipta trend baru warna basikal – basikal 2 warna dalam satu 【2DALAM1】

INNEGRATM dan Teknologi Komposit Karbon berasaskan Polikriloniril Torayca T1000 TORAY Jepun
INNEGRATM, bahan terkemuka di dunia merupakan gentian berprestasi tinggi dan paling ringan di dunia. Sifat bahan modulus tinggi dan bahan gentian karbon Toraya T1000 Jepun yang sangat kuat ini mempertingkatkan kekuatan rangka dan kestabilan penyerapan hentakan basikal melalui teknologi komposit karbon yang dimajukan oleh pasukan GUSTO R&D. Teknologi komposit karbon utama yang sangat kuat dan modulus yang tinggi (tahan lasak) akan mengurangkan kesakitan atau kemungkinan kecederaan bersukan disebabkan jalan yang tidak rata semasa menunggang jarak jauh dengan hebat sekali.

Teknologi Keseimbangan Asimetri
Kami meningkatkan saiz bahagian bb dan cabang belakang kanan untuk meningkatkan kekuatan rangka yang ketara, mengurangkan perubahan bentuk tekanan dengan berkesan, mengurangkan kehilangan tenaga memandangkan tapak sistem transmisi terletak di sisi kanan rangka. Ia juga adalah untuk mencapai keseimbangan [Asimetrik] yang Sempurna.

Mengecat Nano Aurora
Cat Nano Arurora ANP. Selain daripada meningkatkan tahan calar & kotoran produk, penyalut yang baru dimajukan ini boleh meningkatkan tahap kilauan warna produk sebanyak 40%.

Transmisi Komprehensif R8000 Shimano / Sistem Brek
Keseluruhan kenderaan dilengkapi dengan set sistem pemacu dan brek R8000 Shimano Ultegra yang lengkap. Roda tenaga dilengkapi dengan spesifikasi 11-34T yang paling sesuai untuk rupa bumi Taiwan yang berbukit dan bergunung. Ia memberikan nisbah gear yang paling tinggi.

Set Roda Karbon 45mm Attaque
Set roda gentian karbon Attaque direka bentuk dengan rintangan angin yang rendah, mempercepatkan pemecahan aliran di permukaan roda dan mengurangkan rintangan seretan.

Karbon SEATPOST
TEAM TL telah upgred ke karbon seatpost, yang setaraf dengan Team Profesional Gusto untuk perlumbaan internasional.
Reka bentuk seatpost yang dibina untuk keselesaan kayuhan. Selain itu, kabel di seatpost telah disembunyi, tidak nampak diluar.

Pelana Selle Italia SP-01 Boost
Pelana versi pendek akan datang dalam generasi baru. Pelana pada TEAM TL, Italia jenama premium Selle Italia adalah 100% buatan tangan oleh Italia untuk membuat pelana SP-01 BOOST yang terkini. Ia didatangkan dengan SP-01 Boost Superflow bagi menyepadukan produk Novus. Bentuknya yang padat dengan buatan hujung serong yang inovatif untuk tempat duduk yang boleh disesuaikan sepenuhnya, pad berkepadatan berganda hanya di zon yang strategik pada pelana dan potongan besar di tengah daripada teknologi Superflow menjadikan pelana ini yang terbaru daripada generasi terakhir.
.

Pita Bar XTRM
Menggunakan bahan PU anti kotoran tahap paling tinggi, bahan busa bukan biasa boleh disental berulang-kali, reka bentuk yang mempunyai ketebalan 0.3mm untuk mempertingkatkan keselesaan cengkaman secara keseluruhan.


